Entry: yey yey dah bayo baki yuran... Saturday, October 31, 2009



adeh nak pengsan rasenye hari ni. letihnye.. smlm pun letih... hari ni pun letih & esok pun rasenye akan letih. aduhhh.. bilenye nak tak letih neh.....

31 oktober 2009.. pagi kul 8 dah kuar umah. sblm tu adik datang umah hntr keta dia sbb keta aku mak tak bg guna sbb aku blm bayo roadtax & insuran. aihh bile nak bayo ni. isnin lah.. kompem senin yea.. pastu masuk kelas dari jam 8.30 hingga 6.00 petang. t.hari rehat aku pi pejabat utk bayo baki yuran..huh rm1200.. lega dah bayo tu.. pastu kuar dari pejabat pegi petronas isi myk keta adik. apesal ntah tadi kat petronas tu ramai beno org samseng2. bukan ape.. semua org mcm nak marah2 jek.. cashier nak marah customer.. customer nak marah customer.. oh apakah.... aku lah tuh. takde ar.. tgh aku duk isi myk keta... ada sorang pakcik tu tercegat dgn motornye blkg keta aku sambil cekak pinggang. ehh salah ke aku ni.. rase nye takde ape2 yg salah.. kalo aku lmbt isi myk.. bukan salah aku salah pam tu lah.. atau lmbt sbb aku isi full? eehhh ske ati aku lah.. yg pandang aku mcm nak telan aku tu pehal?? lantak hang lah pakcik.. oh ye sblm bayo myk aku sempat beli sandwich jek utk lapik perut pada hari ini. & 2 ketul sandwich itu ku mkn hbs. huh mmg lapa lah sbb pagi nye aku hanye minum secawan 3in1 milo.mana tak pedih perut.. pastu lepas isi myk terus ke masjid bangi. sbb awal lagi so berani la lepas sampai ke sana. kat masjid ukm / surau tu aku rase sah sah ramai dgn student part time.. dah ler aku lupa bawak telekung nnt berebut dgn student lain. mls aku.. so sampai di masjid bangi, org  baru selawat2 blm azan. elok dah siap amik wuduk baru azan.. just nice.. solat berjemaah lah hari ni. lamenye tak solat berjemaah.. siyes.. pastu kuar dari masjid tu jam 1.35pm. org_tu call tapi tak dgr sbb fon masih silent & radio agak kuat menyebabkan aku tak perasan la ada call in dari dia. sorry dear.. dalam kelas sementara tunggu kawan2 lain masuk... aku send sms kat org_tu. guna nombor maxis baru dia. 3 kali sent OK.. tp hampeh semua fail. actually dah 2,3 kali aku perasan kalo aku sent ape2 kat maxis baru dia tu mesti fail.. nape? kalo dia sms aku / call aku guna nombor tu ok plak.. tak suke lah camni.. aku mula nak nak fikir bukan2 neh.. hurrmmmm....

hari ni sampai umah jam 6.45pm. sepatutnye kul 6.30pm dah boleh sampai tp tadi sebab aku singgah beli makanan kat sungai merab.. ehh sg merab ke tu? situ situ lah.. aku beli car kuew teow dgn satay.. ntah camne ntah cam terinigin plak nak makan satay tu.. oh car kuew teow tu aku beli 2 bungkus haha giler tamak. tp mmg aku makan hbs pun. tak membazir lgsg... sbb car kuew teow pakcik tu sedap ya amats.. plus tak lama tunggu dia masak.. kojap jo dah siap......sampai je terus mandi walopun badan aku berpeluh2 tu terus aku masuk bilik air.. wah bahagia rase dapat cucikan diri ketika badan betul2 rimas.. pastu sempat solat asar di hujung waktu... dah relek 10 minit.. azan mgrib pun masuk.. terus solat mgrb.. pastu terus makan... pastu masuk bilik call org_tu.. pastu bgtau dia nak tido sat sampai kul 10 & tolong kejut.. sbnrnye aku bermimpi nmpk jam 10.30 mlm.. nape dia tak call aku lg neh.. sekali tu betul2 ada call in..& dia call bgtau dah kul 10.. ehhh baru kul 10 daa.. mmg liat nak bangun sbnr nye.. kalo boleh nak tido sampai pg esok jek. tp ingatkan ada keje nak buat lg.. so gagahi bangun jugak tupun setelah dikerah pakse oleh org_tu wahahaha.. tengkiu dear..

oh ye,, jumaat ni aku nak cuti satu hari.. nak pulun bace buku.. acececeee ye ke muka aku ni nak bace buku???? tp mmg nak cuti lah...

esok jadual mungkin seperti hari ini... huh bestnye kalo dapat cuti hari isnin..tp tidak boleh sama sekali.... dah ler aku baru jek siap statistik yg 16hb sekali encik rais JPA sent plak yg 20hb..adehh... kena buat lg.. tp takpe aku dah ada inisiatif sendiri how to cepatkan proses keje tu.. haaa baru best buat keje camtu... 1/2 jam dah boleh siap ok..tu pun kalo tak sangkut duk menyembang dgn mana2 org lah.. biasenye sambil buat keje mulut ni sambil bergosip gosap.. ermmm.... Insya Allah lepas ni cepat skit leh siapkan keje2 statistik tu. hari rabu ni meeting hrmis di kdn.. big boss cakap bersedia lah utk menadah telinge.. huhu...

oh hari isnin ni jgn lupe buat claim.. aku dgr2 bhgn kewangan dah ada bajet baru.. huh sejuk ati. & harap permohonan team akram tu berjaya lah hendak nye... Amin..

rase rase rase mcm nak tgk citer ni lah..... Wink

 

Sinopsis

Filem ini diilhamkan dari kisah 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang' yang merupakan sebuah hikayat di hujung kurun ke-18 yang berlaku di Johor. Ia mengisahkan pengembaraan Awang selama tiga tahun bagi menyempurnakan adat untuk mengahwini kekasih hatinya. Dalam pengembaraan Awang, dia mula memahami erti hidup dan mempelajari sejarah kebesaran keluarganya. Dia juga bertemu beberapa watak di mana dia mampu menimba ilmu, menjalin persahabatan dan menerima penghormatan. Sepeninggalan Awang, hati tunangnya Dayang cuba dicuri oleh Bachok dengan bantuan guru silatnya, Panglima Merah, bekas ketua lanun yang amat digeruni di perairan laut Melaka. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang dianugerahkan dengan dua bilah lembing pusaka bernama Lembing Laki dan Lembing Bini. Pelayaran Awang membawanya ke pelabuhan Makasar di mana peluang memenuhi cita-citanya tersedia. Adakah cintanya masih setia bila digoda wanita Belanda? Di kota Goa, dapatkah dia menemui citra keturunannya? Hikayat ini terkenal kerana peristiwa berdarah yang meragut 99 nyawa. Saksikan kesudahan filem ini - adakah tragedi ini padah akibat adat janji yang dimungkiri atau angkara nafsu dendam yang tersimpan?

fakta sejarah:

CINTA sejati membawa ke mati..demi kasih, sanggup bergadai nyawa dan tidak berkahwin sampai ke mati. Begitulah kisah benar 'Lembing Awang Pulang ke Dayang', yang berlaku kira-kira 232 tahun lalu dan sehingga kini masih popular bagi penduduk Johor, khususnya yang tinggal di Muar, tempat berlakunya peristiwa yang meragut 99 nyawa.

Peristiwa berdarah membabitkan cinta tiga segi itu berlaku sekitar 1776. Ia membabitkan seorang pemuda dikenali sebagai Awang dengan anak penghulu berketurunan Bugis iaitu Bachuk yang cuba merebut cinta seorang wanita, Dayang. Kisah sedih itu bermula apabila dua keluarga bersaudara yang tinggal di Parit Raja dan Parit Besar masing-masing bersetuju menjodohkan anak mereka iaitu Awang dengan Dayang.
Pasangan itu ditunangkan dalam satu majlis disaksikan penghulu dan pembesar kampung. Adat resam kampung itu menetapkan, pemuda yang ingin berkahwin perlu merantau mencari pengalaman selama tiga tahun dan Awang juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Sepanjang peninggalan Awang, Dayang sering menjadi mangsa fitnah pemuda kampung yang cemburu termasuk Bachuk.

 
Persengketaan sejak kecil dengan Awang membuatkan Bachuk merancang membalas dendam, apatah lagi bunga pujaannya, Dayang juga sudah menjadi tunangan musuh sekampungnya itu. Anak penghulu itu berpakat dengan nakhoda kapal yang membawa Awang belayar supaya menulis surat kepada keluarga Awang mengatakan pemuda itu mati dalam pertarungan di lautan negeri Bugis. Sebaik saja berita itu diterima keluarga Dayang, penghulu mendesak supaya pertunangan mereka dibatalkan segera.

 
Sudah adat kampung, anak dara berusia lebih 15 tahun dianggap anak dara tua. Desakan dan ugutan membuatkan keluarga Dayang bersetuju menerima pinangan Bachuk dan terus menetapkan hari persandingan. Sedangkan ketika itu, Awang di perantauan bertungkus lumus mencari rezeki dan ilmu sebagai bekalan berumah tangga.

 
Sepanjang tempoh merantau, Awang juga menuntut ilmu persilatan sehingga menang dalam beberapa pertandingan. Awang juga dianugerahkan dua bilah lembing iaitu panjang dan pendek yang menjadi pusaka kerajaan Bugis serta bungkusan wang. Tiba masanya, Awang kembali ke tanah air dan sepanjang perjalanan Awang banyak membantu nakhoda kapal yang dinaikinya menewaskan lanun dan dianugerahkan sebuah perahu untuk ke darat.

 
Sudah tentu kepulangannya menimbulkan tanda tanya kerana rakan dan keluarga dimaklumkan Awang mati di perantauan tetapi tiba-tiba muncul semula. Menariknya hari kepulangan Awang itu juga adalah hari persandingan Bachuk dengan Dayang. Sesetengah sejarah berpendapat Awang pulang beberapa hari sebelum persandingan dan menunggu masa menyerang Bachuk. Ada pula yang mengatakan Awang pula tepat pada hari persandingan dan terus menuju ke majlis itu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Kawasan Muar, Johor, Khamis Juned, berkata berdasarkan cerita lisan yang diwarisi generasi terdahulu, keluarga Dayang membuat keputusan mengahwinkan anak gadis mereka selepas Awang tidak pulang mengikut tempoh dijanjikan.


“Sebenarnya tempoh pertunangan itu masih kurang sehari daripada tempoh yang dijanjikan selama tiga tahun, sebab itu Awang belum pulang dan memang dia merancang mengotakan janji untuk pulang tepat pada masanya,” katanya.

Sebaik saja Awang mengetahui tunangannya dirampas Bachuk, beliau terus ke rumah pengantin dan melihat orang ramai memenuhi segenap ruang menyaksikan persandingan dua mempelai itu. Ketibaan Awang mengejutkan banyak pihak terutama keluarga pengantin. Awang mencabar Bachuk bertarung di gelanggang dan belum sempat pengantin baru menyahut cabaran, lembing Awang terus menikam dadanya. Bachuk sempat mencabut keris di dadanya dan membaling semula ke arah Awang tetapi terkena tetamu lain. Lembing itu dicabut mangsa kedua dan dibaling semula ke arah orang lain, seolah-olah lembing terbang untuk meragut nyawa sebahagian besar tetamu dan yang terakhir ialah bapa Dayang. Bapa Dayang menyerahkannya kepada Dayang yang sedang menangis melihat tragedi berdarah tidak disangka berlaku di depan matanya. Anehnya, lembing itu seolah-olah mati sebaik saja berada di tangan Dayang.

Antara yang terkorban ialah bapa Dayang, ibunya, ibu bapa Awang dan ibu bapa Bachuk. Disebabkan lembing meragut 99 nyawa itu diserahkan kepada Dayang, pengkaji sejarah menamakan tragedi itu sebagai Lembing Awang Pulang ke Dayang. “Semua mangsa dikebumikan dalam kubur besar di sebuah kebun di Parit Raja dan digelar Makam 99.

 
Kubur itu tidak bertanda tetapi penduduk di situ percaya ia memang terletak di situ,” katanya. Akhirnya, Awang lari membawa diri dan bertempur dengan pengikut Bachuk di pangkalan manakala Dayang tidak berkahwin hingga ke akhir hayat. Lembing itu disimpan Dayang dan diwarisi keluarganya.

Ihsan : Berita Harian
 
errr harus tido lah... sekian.......

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments